Iksthilaf ialah sesuatu
ikhstilaf yang bermakna ketetapan manusia yang ditugaskan dan diwakilkan oleh
ALLAH SWT untuk membangun dan memakmurkan dunia. Penugasan ini dikuatkuasakan
Allah dengan mengangkat manusia sebagai wakilNya (khalifah) dan pemegang amanahNya untuk mentadir dan
memajukan kehidupan dunia.Dalam erti kata lain istikhlaf merupakan satu prinsip
dengan jelas dan tegas menzahirkan penugasan illahi ke atas manusia sebagai
makhluk Allah bukan sahaja beperanan sebagai khalifa Allah,malah juga sebagai
hamba Allah. Antara peguasan Allah kepada mansia sebagai pengurus dunia.
Terdapat 3 pengurus akan
dibincangkan iaitu pengurusan sebagai hamba Allah,pengurusan sebagai khalifah
Allah,pengurus sebagai saudara sesama islam :
Yang pertama ialah pengurus
sebagai hamba Allah peranan seorang pengurus sebgai hamba Allah lebih menjurus
kepada sikap dan kelakuan pengurus ke arah perhubungan secara langsung dengan
Allah SWT untuk menjadikan dirinya seorang yang beriman dan beramal soleh.
Seorang pengurus islam mesti yakin bahawa Allah amat maha mengetahui terhadap
segala tindak tanduk dan perlakuan dirinya kerana allah lah yang mencipta
dirinya dan manusia yang lain. Tugas utama pengurus,beribadah dengan menyerah
seluru jiwa raganya kepada Allah SWT, bagi menghubungkan dirinya terus dengan
Allah SWT,seorang pengurus seperti manusia dan lain wajib meunaikan solat
fardhu sehari semalam.
Yang kedua ialah
melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah kedudukan ini meletakkan individu
untuk menjaga semua kurniaan Allah SWT dalam keadaan-keadaan yang boelh
mendatangkan kerosaan kepada alam sekitar, pembaziran dan pemborosan,
pengabaian terhadap sumber-sumber manusia dan asli dan lain-lain aktiviti yang
seumpama ini adalah dilarang.Status manusia dalam konteks ini diciptakan untuk
menjaga kurniaan Allah S.W.T dan bukan unuk mendatangkan kerosakan
kepadanya.Tentang keduduka manusia sebagai khalifah ini,Allah berfirman yang
bermaksud.
“Dan
dialah yang menjadikan kamu peguasa-penguasa di bumi dan Dia meninggalkan
sebahagaian kamu atas sebahagian yang lain beberapa darjat untuk mengujimu
tentang apa yang diberikan kepadamu.Sesungguhnya tuhanmu amat cepat siksaanya
dan sesungguhnya Dia Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang;(Surah Al-An’am ayat
165)
Pengurus sebagai saudara
sesama islam iaitu peranan pengurus sebagai saudara sesama islam akan
memastikan pengurus memperlakukan pekerja sebagai saudara mereka sendiri.

Comments
Post a Comment